Pages

Sunday, September 21, 2014

CHOCOLATE INDULGENCE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..ari tok kmk mok share resipi kek chocolate indulgence ala2 secret recipe. Resipi tok kmk ambik dari blog kak azlita aziz, panjang resipinya..memerlukan sedikit kesabaran untuk membaca & membuatnya :) . Boleh check blog kak azlita di http://www.azlitamasammanis.com. Next post ada resipi orang dolok marek...resipi sanggul mak inang. Macam nei rupa Kuih Sanggul Mak Inang..tunggu k.


KEK SPAN COKLAT
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah Saji
Sumber : Azlita Masam Manis

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. 
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Mesti ada yang tanya kenapa speed perlahan..?Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun

Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak.
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
Bakar selama 30 ~ 35 minit.

Resepi Krim Putih 
Sumber: Azlita Masam Manis

60 gm gula icing
2 biji kuning telur
120 gram mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
100 gm coklat masakan putih
260 gm Krim tenusu

Pastikan anda larutkan dahulu gelatin dan air.Letakkan air dalam sebuah mangkuk yang kecil.Taburkan gelatin perlahan-lahan di atas air tadi
Biarkan gelatin kembang anggaran masa dalam 10 minit. Pastikan kembang semuanya.
Cairkannya lagi dengan kaedah kukusan/double boiler.
Pastikan anda cairkan coklat masakan terlebih dahulu. Sama kaedah kukusan/double boiler.
Pastikan gula icing di ayak terlebih dahulu.
Satukan gula icing dan telur.
Pukul sebentar dengan hand mixerIni untuk menyatukan gula dan telur terlebih dahulu.

Kemudian panaskan dengan kaedah kukusan. Pastikan bekas mengisi telur lebih besar dari periuk berisi air di bawah supaya ia tidak bersentuhan dengan air di dalam periuk

Adunan akan menjadi pekat dan berkrim.
Masukkan gelatin dan putar rata.
Sementara itu, di dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan warnanya pucat.

Bila dah lembut dan kembang, masukkan krim telur tadi, sambil terus di putar.
Masukkan pula coklat putih yang telah di cairkan.
Terus putar hingga rata
Ketepikan.

Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental.
Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh di gunakan lagi.

Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan.


Resepi Krim Coklat
Sumber: Azlita Masam Manis 

80 gm gula icing
3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Tenusu

* Kaedah sama seperti membuat Krim Putih.

Sekarang kedua-dua krim kita telah pun tersedia untuk di gunakan. Bolehlah kita mulakan proses untuk melayer kek pula.

Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian ya untuk setiap lapisan
Ambil sekeping kek span coklat dan letakkan atas lapik kek
Letakkan 1/2 bahagian krim putih
Dan ratakan
Ambil sekeping kek coklat dan letakkan atas krim putih
Letakkan 1/2 bahagian krim coklat dan ratakan
Letakkan 1 lapis lagi kek coklat
Letakkan baki krim putih dan ratakan
Letakkan kek coklat yang terakhir
Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki krim coklat hingga rata ke seluruh kek
Kemaskan.


Kek yang telah di salut krim ini di simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam untuk mendapatkan hasil kek yang cantik bila di potong nanti.

Bila kek dan siap bolehlah kita siapakan Ganache Coklat untuk di salutkan pada bahagian luar kek.

Ganache Chocolate

Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos 
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka 

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan.

Untuk coklat ganache, boleh dituang terus diatas kek atau menggunakan teknik salut pada kek. Tetapi coklat ganache perlu disimpan dalam peti ais terlebih dahulu, jangan terlalu cair atau pekat.


Selamat Mencuba !!!
Ummi's Little Kitchen

Wednesday, September 17, 2014

CONGO BARS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..dah dekat 3 tahun dah sik ber update blog. Lamak ya 3 tahun :) Ada juak customer email dan message mok order kek tapi kamek blom dapat ngambik order disebabkan masa tok sik cukup. Baruk nak aktif balit molah kek. Jadi sebagai permulaan kamek mok share resipi congo bars. Selalu dengar orang madah senang jak molah congo bars..memang senang dan rasa nya nyaman lalu. Boleh coba, sesuai untuk minum petang, birthday party atau apa2 majlis keramaian. Resepi tok kamek ambik dari blog rahelblog-rahel.blogspot.com. Kepada sesapa yang mok order congo bars boleh order dari kamek k, boleh SMS/whatsapp kmk 019-8842009. Padah jak awal seminggu sebelum. Selain ya kamek ada polah marble cheese brownies juak. 


Congo Bars
Sumber : rahelblog-rahel.blogspot.com

125g mentega 
290g brown sugar (tok kmk kurangkan ke 260gm sebab sik mok manis gilak)
165g telur / 3 biji telur gred A
300g tepung gandum
2 1/4 sudu kecil baking powder
270g chocolate chips
1 sudu kecil esen vanila (tok kmk tambah)
* kalau mok tambah almond nibs pun boleh. Dalam resepi tok kmk tumbah butter chips.
* kepingan badam dan choc chips untuk hiasan


Ayak tepung dan baking powder dalam bekas dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan brown sugar dengan mentega dan kacau rata sehingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar hingga sebati. 
Selepas itu masukkan esen vanila.
Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak dan akhir sekali masuk chocolate chips atau kekacang (almond nibs).
Tuangkan adunan dalam tin pembakar ukuran 8" x 11" yang telah digris dengan butter dan tabur sedikit tepung.
Ratakan permukaan adunan taburkan kepingan badam dan choc chips untuk hiasan. (Congo bars kmk sikda hiasan..lupak mok tabur).
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atas nya kuning.

Selamat mencuba!



Tuesday, November 22, 2011

Announcement

As salam dan salam sejahtera semua :)..kmk sik ambik sebarang tempahan buat sementara waktu, InsyaAllah, tahun depan dalam bulan March 2012 kmk start ambik tempahan.




Untuk November and December, dah fully booked juak, jadi tempahan telah ditutup. Pada yang buat tempahan melalui sms, email or call, maaf kalau sik ter..reply k.




Harap maklum & thanks from Ummi's Little Kitchen :)

Thursday, November 17, 2011

Full Moon Baby's Cake

Ordered by Elise.. full moon cake.






Mickey Mouse Clubhouse...Happy Birthday Marcell..

Ordered by Mommy Marcell, Mona. Thanks..


Mickey and Minnie tengah bersantai






Mickey and Minnie, jalan-jalan kat clubhouse. Hide and seek..:)

Cakes and cupcakes from May to July









Cakes and cupcakes

As salam...more and more pictures...tunggu ada gik..